Monday, April 26, 2010

LEMBARAN BUAT SAHABAT....

mengenalimu bukanlah suatu beban bagi aku
ianya sesuatu yang amat bernilai
tak terkata dengan ayat-ayat
kau la sahabat sebenar
menjadi telinga mendengar masalah ku
menjadi mulut memberi nasihat padaku
menjadi segala deria untuk diri ku

hanya kerana hari terakhir
kita berpisah dengan kekecewaan
tanpa ucapan selamat tinggal
tanpa lambaian tangan
tanpa salam yang terakhir
tanpa jua pertemuan yang terakhir
tapi itu semua aku terima dengan hati yang redha
aku akui kesilapan aku
mungkin kesilapan yang tidak boleh dimaafkan

kini tiada lagi pesanan dari sahabat
tiada lagi gurauan diterima
tiada nasihat yang aku dengar
aku hilang tempat untuk bercerita
hilang teman untuk bergurau
semua nya kerana kesalahan terakhir yang aku lakukan

sahabat,
susahnya bila aku hilang kau
seorang sahabat yang ceria
seorang yang mudah membantu
seorang yang senang bercerita
seorang yang penuh dengan lawak-lawak

sahabat,
kini kita jarang berjumpa
hanya harapan sahaja aku titipkan
agar persahabatn ini kekal
kerana engkau la sahabat yang aku segani
kerana engkau la sahabat yang bernama nasyra....

1 comment:

  1. ahaaa,,terharu dow aku baca lembaran ni..hik3
    tak bole bla nama aku tertera direct tu...

    ReplyDelete